Monday, December 29, 2008

selamat tahun baru 2009

sahabat....
selamat menyambut tahun baru 2009.....
semoga tahun baru ini memberi sinar dan harapan kepada semua...
muhasabah diri....agar sesuatu yang baru akan terbina...
salam maal hijrah 1430H

cinta

cinta tanpa syarat

kuberi padamu cinta
palingindah sesuci salju
semanis cinta pertama
dan sepasrah rindu
berlabuh di pantai perkasihan
yang tenang
cinta untukmu tanpa cagaran
seribu duri curiga
cinta untukmu tanpa syarat
merintang badai mungkir
kerana seluas langit memayungi
begitulah cintaku
yang kutatang buatmu
sayangku..........

Thursday, December 25, 2008

kehidupan

kehidupan sekarang terlalu sulit buat aku...amat2 sukar...aku rasakan aku makin jauh..terlalu jauh dengan kebahagiaan...kenapa yer...
kenapa seseorang itu tidak dapat memahami hati dan perasaan ini..mungkin aku silap...aku terlalu sayang dan rindu padanya....dia la yang bertahta di hati ini dulu...kini ....dan ......selama-lamanya.............Amin.............

Cinta....

Cinta tidak pernah meminta tetapi ia sentiasa memberi....cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam dan tidak pernah membals dendam.Di mana ada cinta di situ ada kehidupan....manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Cinta tidak mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan.Cinta bukan mengajar kita menghinakan dia tetapi menghembuskan kegagahan.Cinta tidak melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

cantik...sihat...ilmu.....

cantik dan sihat adalah seiring.sekadar cantik jika tubuh tidak sihat tetap tidak sempurna.sihat tetapi mengabaikan kecantikan yang dianugerahkan Allah,tetapi tidak lengkap.Dan yang lebih utama,cantik dan sihat akan lebih terserlah andai diri dilengkapi dengan ilmu.
Kecantikan dan kesihatan juga ada kena mengena dengan kebersihan.Dan selaras dengan itu,kita digalakkan untuk menitikberatkan aspek kebersihan supaya diri tampil cantik dan sihat.

Tuesday, December 16, 2008

salam untuk semua..........

RENUNGAN.....................

Apa Itu Cinta?

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"
- Saidina Umar Ibnul Khattab - >


CINTA adalah sebahagian daripada fitrah manusia. Cinta memang sudah ada dalam diri kita. Bersyukurlah orang yang diberi cinta dan mampu menyingkap rasa cinta dengan tepat dan menurut syariah.

Bercinta tidak salah jika diniatkan untuk menuju alam perkahwinan yang diredai Allah. Nabi Muhammad SAW meninggalkan resipi cinta yang diriwayatkan Abdullah bin Mas’ud: “Wahai generasi muda, barang siapa di antara kalian mampu serta berkeinginan untuk bernikah. Kerana sesungguhnya pernikahan itu dapat menundukkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Dan barang siapa di antara kalian belum mampu, maka hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat menjadi penghalang untuk melawan gejolak nafsu.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, dan Tirmidzi)

Apabila kita sudah membetulkan niat, maka kita mesti menjadikan diri kita ‘salihah’ supaya orang yang salih akan datang menemui kita atau ditemukan Allah. Kita wajib ingat bahawa jodoh adalah ketentuan Allah, manusia hanya boleh merancang tetapi Allah yang menentukan. Kita cuma dapat berusaha mencari jodoh yang baik menurut Islam.

Firman Allah yang bermaksud: “Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita, anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik.” (Surah al-Imran, ayat 14)

Cinta paling tinggi martabatnya adalah cinta kerana Allah, kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Pakar psikologi, Prof Madya Dr Mat Saat Baki, pernah menulis: “Cinta itu berkembang. Kita tidak jatuh cinta. Cinta pandang pertama adalah satu mitos. Sebenarnya perasaan cinta itu berkembang dari semasa ke semasa. Lebih lama kita memahami, mengenali seseorang itu, akan lebih dalam perasaan cinta. Namun, menurut beberapa kajian dan perkongsian pengalaman, ternyata cinta pertama tidak diperlukan sebagai asas kebahagiaan tetapi boleh membantu untuk mencapai kebahagiaan.”

Tetapi jika tidak berhati-hati, cinta boleh membutakan mata hati kita. Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: “Hendaklah kita benar-benar memejamkan mata dan memelihara kemaluan, atau nanti Allah benar-benar akan menutup rapat matamu.” (Hadis riwayat Tabrani)

Cinta yang selalu menjadi dugaan dan membawa padah ialah cinta yang cenderung kepada maksiat. Cinta yang semakin menggelorakan hawa nafsu, makin berkurang rasa malu dan akhirnya terlanjur. Inilah paling merbahaya. Dari sinilah bermulanya fenomena cinta terlarang, seks tanpa nikah yang merosakkan generasi dan mencemar keturunan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al Isra’, ayat 32)
Islam tidak melarang atau mengekang manusia daripada rasa cinta tetapi mengarahkan cinta berjalan di atas landasan yang menjaga martabat kehormatan, baik wanita mahupun lelaki. Jika kita jatuh cinta, perlu berhati-hati kerana seperti minum air laut, semakin diminum semakin haus. Cinta yang sejati adalah cinta yang tumbuh selepas akad nikah.

Cara untuk mengendalikan rasa cinta adalah dengan menjaga pandangan, tidak berkhalwat atau berdua-duaan dalam bentuk apapun dan tidak saling bersentuhan apatah lagi bercium dan berpelukan, memang jelas haramnya.

Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Janganlah seorang lelaki dan wanita berkhalwat (berduaan di tempat sepi), sebab syaitan menemaninya, janganlah salah seorang daripada kalian berkhalwat dengan wanita, kecuali disertai dengan mahramnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika bimbang keterlanjuran cinta, alihkan rasa cinta itu kepada Allah dengan membanyakkan selawat, zikir, istighfar dan solat sehingga kita tidak diperdayakan oleh nafsu. Jika kita tewas, nafsu yang akan memperdayakan kita.


RAHSIA FALSAFAH BUNGA

Sejambakbunga mawar bukan sekadar untuk menyampaikan mesej ‘Aku cinta padamu’ ataujambangan Carnation yang memberi erti ‘moga cepat sihat’. Bahkan setiapbunga sebenarnya mewakili makna tersendiri. Sebab itulah dikatakan bungamampu menjadi wakil tanpa bicara yang berkuasa merungkap 1001 falsafahatau rahsia yang cuba disampaikan oleh pengirimnya. Ramai yang mengakumereka hanya tahu erti sekuntum ros merah saja.aduhai.kesiannya!!!Jadi marilah kita pada kesempatan ini menilai ataupun mengkajinya sendirisecara semulajadi.

Erti Ros
Bunga ros atau mawar adalah antara bunga yang paling diminati olehorang ramai apatah lagi orang perempuan. Bunga ros mampu melahirkanpelbagai jenis bahasa cinta. Kalau nak memujuk kekasih, lebih mudahpujukan itu dilakukan bila disertakan bersama walau sekuntum bunga ros.Lebih cepat cair jadinya! Selain bunga ros, bunga lain juga mampumenyampaikan mesej dan makna tersendiri. Jadi sebelum kamu berkunjung kemana-mana kedai bunga untuk membuat tempahan untuk dijadikan hadiah atausekadar penyeri rumah kamu, apa kata kamu kenalpasti dulu kuasa yangdimiliki oleh setiap kuntum bunga yang kamu pilih. Pemilihan jenis bungayang sesuai dikatakan mampu mendorong harapan dan kegembiraan dalam dirikamu.


FALSAFAH KUNTUMAN BUNGA:

ROS PUTIH Cinta sejati dan kekuasaan.

BUNGA CARNATION Bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah danputih. Ia dikatakan mampu membantu menggelakkan perasaan sedih menimpadiri seseorang.

BUNGA CAMELIA Ia dapat ‘memanggil’ semangat cinta dan kebahagiaan yangberkekalan selamanya.

BUNGA KEKWA Bunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta.

BUNGA DAISI Ia mampu meningkatkan daya intuisi seseorang untuk meramalkansesuatu perkara.

BUNGA IRIS Ia melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yangsedang dialami itu.

BUNGA JASMIN Ia mendorong ke arah percintaan dan kekayaan.

BUNGA ORKID Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup.

ROS MERAH Boleh mengungkap pelbagai perasaan cinta.

BUNGA MATAHARI Seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan sepertiyang sepatutnya.

BUNGA TULIP Ia membawa rasa cinta dan tuah.

BUNGA IVY Ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada diri seseorang.

BUNGA VIOLET Ia meningkatkan daya imiginasi seseorang.

KOD WARNA BUNGA
Merah: Perasaan yang berkobar-kobar dalam sesuatu perkara yang sedang atauingin dilakukan.

Ungu: Apa yang paling penting adalah semangat yang diperlukan untuk melakukanapa saja yang diinginkan.

Kuning: Peluang-peluang yang bakal hidup dalam diri seseorang.

Putih: Semangat mementingkan kebenaran.

Merah Jambu: Seorang mungkin sedang cuba mendekati dirimu!

MAKSUD TERSIRAT
Cuba kumpulkan beberapa orang teman baik. Ambil beberapa jenis bunga segardan letakkan ke dalam sebuah bekas (ambil bunganya saja). Setiap orangpejamkan mata dan cuba ambil bunga daripada dalam bekas itu tanpa membukamata. Ha. lepas dah ambil barulah mata boleh dibuka. Perhatikan kelopak bungaitu. Sekiranya:
KELOPAK BUNGA ITU TERLERAI: memberi makna bahawa beberapa keinginanakan diperolehi tak lama lagi.
BUNGA ITU TETAP CANTIK: memberi tanda bahawa tuah akan mendatangi kamu taklama lagi. Tunggu je la!
BUNGA ITU ROSAK: memberi tanda bahawa kamu mungkin bakalmenghadapi beberapa cabaran dalam hidup.